Pengenalan

Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NBOS dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SKKangkong dan perkongsian ilmu

Pusat Sumber Sekolah ini terletak di paras tiga Blok Pentadbiran . Pusat Sumber ini sepanjang 4 bay yang dibahagikan kepada:

a) Bilik Stor BBM

b) Bilik Pengurusan dan Pentadbiran.

c) Bilik Perpustakaan



Sejarah Pusat Sumber SK Kangkong

.Sejak penubuhan PSS sekolah ini.Ia telah mula menampakkan perkembangan yang positif mengikut kemampuan dan tenaga kerjanya. Dengan terbitnya "BLOGGER PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKONG" ini menandakan satu lagi kejayaan PSS sekolah ini.

Diharapkan dengan terbitnya Blogger ini dapat menjadi panduan dan pedoman bagi guru-guru, kakitangan serta orang persaorangan ketika berada di Bilik Pusat Surnber Sekolah ini.

Pusat Sumber Sekolah ini memberikan perkhidmatan secara "Access' terbuka (open-access) dan dengan ini adalah menjadi tanggungjawab bersama menyusun,mengemaskini, serta menjaga kebersihan bilik ini.

Pusat Sumber Sekolah ini turut mengalu-alukan pandangan serta komen membina yang membawa ke arah perkhidmatan yang lebih berkesan.

Sekiranya pengguna menghadapi sebarang masalah, kemusykilan, kesulitan atau pertanyaan sila hubungi Penyelaras Pusat Sumber.

SELAMAT MENGGUNA. Sekian, terima kasih.


Visi & Misi


VISI PSS



Melahirkan generasi berilmu



MISI PSS

Menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan
Maklumat dan menjadi sumber rujukan yang lengkap bagi warga sk kangkong

No comments:

Post a Comment