Pengenalan
Pusat Sumber Sekolah ini terletak di paras tiga Blok Pentadbiran . Pusat Sumber ini sepanjang 4 bay yang dibahagikan kepada:
a) Bilik Stor BBM
b) Bilik Pengurusan dan Pentadbiran.
c) Bilik Perpustakaan
Sejarah Pusat Sumber SK Kangkong
.Sejak penubuhan PSS sekolah ini.Ia telah mula menampakkan perkembangan yang positif mengikut kemampuan dan tenaga kerjanya. Dengan terbitnya "BLOGGER PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKONG" ini menandakan satu lagi kejayaan PSS sekolah ini.
Diharapkan dengan terbitnya Blogger ini dapat menjadi panduan dan pedoman bagi guru-guru, kakitangan serta orang persaorangan ketika berada di Bilik Pusat Surnber Sekolah ini.
Pusat Sumber Sekolah ini memberikan perkhidmatan secara "Access' terbuka (open-access) dan dengan ini adalah menjadi tanggungjawab bersama menyusun,mengemaskini, serta menjaga kebersihan bilik ini.
Pusat Sumber Sekolah ini turut mengalu-alukan pandangan serta komen membina yang membawa ke arah perkhidmatan yang lebih berkesan.
Sekiranya pengguna menghadapi sebarang masalah, kemusykilan, kesulitan atau pertanyaan sila hubungi Penyelaras Pusat Sumber.
SELAMAT MENGGUNA. Sekian, terima kasih.






No comments:
Post a Comment